Monday, 30 April 2012

Marah dengan Paku.

Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung.

Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini ayah?"

Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."

Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin berkurang. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.

Selesai tugasannya, dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya dengan rasa bangga. Bapanya lantas memimpin tangan lelaki itu menuju ke tembok tersebut dan berkata, "Kau melakukannya dengan baik anakku, namun lihatlah kesan lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelum ini.

Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.

Mereka membuatkan kita ketawa dan mendorong kejayaan kita. Sahabat juga mampu menjadi seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

Sabda Nabi dalam hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam". Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya tegang. Rasulullah menerangkan: "Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka ambillah wuduk".

asal artikel:http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4191-memaku-dinding-hati.html

Saturday, 28 April 2012

Dijangkakan 90 tahun lagi terus KOMA,Ariel Sharon..


Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup yang telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.

pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...
Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati..!

Asal artikel di sini

Friday, 27 April 2012

Tunangku si "M"

Tunangku..
Hadirmu ku tunggu,
Dengan hidayahNya aku siapkan diriku,
Moga mampu bertemumu dalam keadaan yang baik..

Tunangku...,
Buat masa ini aku masih tertanya-tanya,
bila engkau ingin menjemputku,
engkau bawaku ke suatu dunia yang baru,
Dunia yang pasti dilalui setiap insan,
Penuh seksa lagi gelap gelita,
penuh ketawa tingkap syurga
Namun aku yang mana?..

Tunangku...,
Hadirmu sangat ditakuti,
penuh keinsafan saat mengingatimu,
tikamana engkau membawa orang lain,
seluruh manusia mengingatimu,
tertanya-tanya bila pula saat mereka..

Tunangku...
Betapa hebatnya kehadiranmu,
sehingga mampu merubah sang ceria kepada sang hiba,
Kau tarik sesiapa yang engkau inginkan BIIZBILALLAH,
bergantung pada amalam mereka,
pergi dengan hasanah atau sebaliknya,
Jauh di dalam sanubari lahirkan kekuatan,
kuatkan iman dan bersiap sedia,
bila masanya dimana tempatnya dan bagaimana,
Semua rahsia sang Pencipta...

Tunangku,
Datangmu tanpa diduga,
Penuh derita saat diri dipisahkan dari jasad,
Seluruhnya kaku terbayang dosa lalu,
Lalu taubat sudah tidak berguna lagi,
kerana sekali tunangku ini membawa sesiapa,
tidak ada berpatah balik buatnya,
Maka doaku moga tunangku dan tunangmu,
membawa kita dengan iman..



 

Tuesday, 24 April 2012

Aishiteru pada yang merindui..

"Aishiteru"
“Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat”.

Dendangan lagu di corong radio menyingkap sesuatu. Liriknya mengingatkan kisah cinta dari dua insan yang berjauhan. Walaupun jasad berpisah jauh, namun hati itu seolah terdetik ‘chemistry’ menyatakan cinta. Orang yang dilamun cinta bersama ‘couple’nya pasti pernah merasai. Bagaimana pula cinta kepada Rasulullah yang tidak pernah melupakan cintanya kepada kita?

Suatu ketika bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia. “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),” kata baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,

“Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)

Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar. Kisah cinta Baginda membuatkan kita berasa amat malu untuk bertemu dengan baginda. Namun demi Allah, sama sekali setiap umat yang lahir di muka bumi ini mesti memasakkan cita-cita untuk diketemukan dengan Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

Apakah cinta kita mampu menandingi kisah cinta seorang Rasul terhadap umatnya? Bahkan dirinduinya kita untuk ditakhtakan syafaat penyelamat di alam akhirat. Sehinggakan diceritakan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat.

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat.” (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)

Adakah nilai cinta kita kepada seorang ‘boyfriend’, atau ‘pakwe’ seandainya si BF tersebut siang malam merindu, menghantar SMS, mengirim bunga cinta, dan menyemai setia, namun kita selaku ‘GF’ nya sekadar menyemai wajah penuh penipuan tanpa rasa cinta kepada pasangan kita. Bukankah kita ini pasangan yang kejam dan tidak jujur dalam percintaan?

Begitu jugalah cinta kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

Apakah layak diterima syafaat darinya andai cinta kita kepadanya berkalung dusta. Sedangkan baginda saban hari mengalirkan air mata mengenangkan nasib kita. Wahai Rasulullah saksikanlah hari ini aku mencintai dirimu walau aku tidak pernah menatap wajahmu. Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh. Terhapus ruang dan waktu. Percayakan kesetiaan ini. Pada ketulusan Aishiteru….

artikel asal ada di sini..(imam muda ashraf)

Friday, 20 April 2012

Menari tiang denda RM25..Kenapa" MAHAL!!"sangat?


Tanpa perlu dirungkai apakah ia tarian tiang, jelas tergambar di benak fikiran dengan aksi-aksi melampau oleh sekumpulan wanita yang diserikan dengan tiang-tiang panjang sebagai alat. Hal Ehwal Wanita (HELWA), Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, bertegas dan memohon agar pihak berwajib mengambil serius isu ini kerana ia jauh tersasar dari nilai dan adat ketimuran apatah lagi jelas bertentangan dengan hukum dan prinsip-prinsip Islam itu sendiri.

Jika baru-baru ini serbuan dilakukan di kawasan Nilai, Negeri Sembilan dan ini jelas menunjukkan Nilai sebagai gedung ilmu telah dicemari budaya hedonisma dengan aksi-aksi yang menghairahkan oleh penari-penari tiang. Ini bukan nilai yang harus diketengahkan oleh wanita islam, apatah lagi mereka hidup dalam lingkungan institusi-institusi pendidikan khususnya berdekatan dengan Institusi Pengajian Islam di sini. Juga beberapa laporan di beberapa kawasan membuktikan tarian ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat yang jauh tersasar dari landasan agama.

Sebagai Mahasiswa/i yang prihatin, sudah tiba masanya untuk kita ke lapangan masyarakat yang telah terjerat dengan budaya hedonisma ini. Usahasama dari pelbagai pihak harus dipergiat dan dipertegas dalam membanteras gejala ini demi membentuk masyarakat yang berakhlak dan seterusnya melahirkan modal insan yang berguna khasnya di persekitaran yang padat dengan gedung ilmu ini.

Meninjau suasana alam di zaman Jahiliyyah, apabila wanita telah dianggap sebagai simbol seks, hari ini jahiliyah moden kembali lagi dengan mengeksploitasi tubuh wanita dan menjadikan mereka aset dagangan yang menjanjikan pulangan yang sangat menguntungkan.

Isu ini jelas meruntuhkan maruah diri seorang wanita, sedang wanita itu harus ada sifat Al-Haya’ (malu) dan wajib melindungi dirinya dari terjebak dari perkara-perkara kemungkaran. Andai angka kompaun RM25 tidak memberi apa-apa makna kepada para penari tiang ini, bara tiang api neraka sedang menanti bagi mereka andai tidak bertaubat.

Isu wanita adalah hak dan tanggungjawab bersama. Jika rosak santun golongan Hawa, maka hancurlah sesebuah tamadun bangsa.

"Bringing you to The Way"
www.myspmm.org

Asal artikel di sini

(p/s: Pelik betulla dorang ni..memang x da kerja betullah..maka terbuktilah hadis nabi bahasa islam itu datang secara asing maka akan kembali asing...cari hal betullah dorang ni..xda kerja lain kah selain menari di tiang?hmmm...bercuck tanam kah..main masak2 ka..curfing fruit ka...ada akal fikiran allah bagi takkanlah jalan sesukar dan seburuk itu jalannya..moga diberi hidayah dan bertaubat atas tindakan mereka,amin..,WANITA SEMAKIN HILANG MALU!...hayya...)

Thursday, 19 April 2012

Feeling Angry Bird

Forgiving
Ya allah GUIDE me and FORGIVE ME
This weak servant with this world,
Give me hidayah to fight it well and never loss.
You are enough for me.

Treat someone just the way you want to be treated.It's really unfair I think if we as a muslim know that we must always treat everyone kindly patient but full of hikmah when comment their black side but unfortunately treat them harsh and didn't respect what are they talking about.

As a human being we obviously want everybody respect us like human being also not because of our advantage or extraordinary talent that they aim to but just a HUMAN BEING.It is so hard to do that?.

GIVE and TAKE.What we give to someone we will get it back."Believe it"..

Forgiving someone before they ask to.InsyaAllah with our wide open heart we will find more of the sweetness of iman itself.Many advantage that we will get especially being loved by everyone around and comfortable fitting in to other.

Allah love his servant that are strong than weak.And the definition of strong?Someone who can fight his own anger,always be patient to other because GIVE IN doesnt mean LOSING but a bonus to gain more good rewards extravaganza in our long journey in the padang masyar further.Insyaallah.So lets be patient!

Patient freedom peace.Calm our own anger.Fight with our BAZOKA PATIENT bullet and shoot perfectly so they will die and completly vanished in our Nafsi.Dont ever allow it to grow even smaller than bacteria because oneday when it really grow stronger it will become a dangerous VIRUS to our Ukwah in life 

No thing is hard but People who make it one.Think positive live with honour DIE with IMAN.
Flexible your heart~~

Allahu AKBAR,nothing can be happen without your " كن فيكون" Ya ALLAH..Finding your REDHO' aim to our life in this world..

Cukup Adanya Allah

Maka tertunduklah yang paling atas,
Apatah lagi yang berada di bawah,
Saat yang mulia lebih rendah dari yang hina,
Maka terbukti manusia bukan sehebat mana,
Bergelora kelabu hati sang hamba,
Penuh titik hitam yang mencengkam iman lemah,
Ada masanya terikut dengan arus pelayaran dunia durjana,
Namun dengan kasihNya,
Embun keinsafan masih berbaki..

Maka berdirilah dengan gagah,
Bilamana engkau menegakkan suatu yang Hak,
Dengan kekuatan dan kudrat yang dikurnia,
Walau patah sayap kiri namun mampu terbang dengan yang satu lagi,
Usah gentar dengan mulut sang murai,
Andai di sisimu ada singa berjaga,

Sungguh aku akui bola bencana kecil ini
Terlalu ramai yang terkena kehangatan panas teriknnya,
Sehinggakan yang Khalifah mampu menjadi rendah,
Akal yang gila menukar diri lebih hina dari binatang,
Maka bermulalah saat keruntuhan jahiliah semula,
Tika mana Islam kembali asing,
kehidupan Hedonisme menjadi puncak keseronokan,
Dan remaja hilang pertimbangan,
Maka berterbanganlah debu kekuatan,
Umpama kertas tidak kira baru dan lama,
hilang dimakan alam saat angin bertiup.

Andai diri tidak terpelihara seawal-awalnya,
tumbanglah seawalnya tanpa wujud akarnya yang gagah,
mencengkam bumi walau tsnami sekalipun datang.
Walau rantingnya patah namun yakinlah daun pasti tumbuh semula,
Jiwa kusam lagi meletus bak lava di tengah lautan,
Datanglah alunan Al-Furqan dan tadabbur isinya penenang si Kabut..

Ya Allah maha sucimu,
dengan kasih sayangmu,
Kudrat ku sebagai hambamu,
Sangat lemah lagi hina,
Jauhkan aku dari helah bola ini,
Andai ada kebaikan dikelilingku,
Masukkan aku dalam kurniaanmu itu,
Semoga dengan kasihmu walau rendah aku dipandangan insani,
Walau tidak sehebat Uwais al-qarani,
Hatiku bahagia cukup dengan Kekuatan darimu..
Sesungguhnya allah sentiasa bersamaku dan kamu,,,,

Wednesday, 18 April 2012

Ayah terbaik dunia..


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.
Amacam?Nilah bapa paling stylo dan hensem kan?heee

Ayah versi aku


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan ku setiap hari..Tapi pada masa yang sama kadang-kadang ayahku sendiri menelefon.Katanya rindu denganku..

Semasa kecil, ibu dan ayah sibuk bekerja.Mak cik aku lah yang sepanjang hari menjagaku..Tapi aku tahu bahawa sebaik saja ibu dan ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kami lakukan seharian.

Saat aku sakit atau demam, ayah sering menjenguk keluar masuk bilik  dan dipegang kepalaku samada masih demam atau tidak sehinggalah sembuh .Makan ubat katanya.Dan aku tahu ayahku sangat risau.

Ketika aku kanak-kanak, aku meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarlah aku bahawa ayah hanya ingin menjaga ku? Kerana bagi ayah, aku adalah sesuatu yang sangat berharga.


Saat aku sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka aku cuba tidak  melanggar kepercayaannya..Aku pulang ke ke pasar selepas habis semua urusan.(ibu ayah kerja di pasar)


Setelah aku tamat sekolah menengah,ayah telah menghantar aku ke USIM yang berjanji pada ibunda untuk belajar..
Di saat aku memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliahku, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat aku berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga sekali.senyumannya adalah yang lain dari yang lain saat itu...Ingin sekali aku menjadikannya realiti..

Sampai suatu saat ketika jodoh aku telah datang dan meminta izin untuk mengambil aku dari ayah..aku yakin ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat aku duduk di atas plamin bersama pasangan..ayah pun tersenyum bahagia..

Dan saat itu ,mungkin ayahku sempat pergi ke belakang dan menangis tanpa ku sedari..mungkin...

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu akan aku jaga ayah ibuku sebaiknya.Kerana aku sentiasa melihat dengan kedua mataku keringatnya ketika bekerja.Mukanya yang sudah tua.Ubannya yang semakin banyak walaupun makan banyak tetapi badannya tetap kurus.Walaupun dia tegas dan jarang senyum namun AYAHKU TERBAIKK~~

Wednesday, 4 April 2012

Semakin bertegur semakin kenal

(Penaku bermain)
              Indahnya islam dan iman...waktu di dalam bas tadi dalam perjalanan balik ke kolej kediaman pemandu bas dari arah bertentangan bagi signal lampu..lepas tu bas yang aku naik hon..TUT TUT..rasa lucu ada jugak..mcmlah krt ni pndi berckp..Namun klu kita belek2..pandg kiri pandg kanan ada satu kebaikan di situ..betapa mekarnya ukhwah pemandu2 bas usim ni..tiap kali berjumpa bertegur sapa..jgn cakapkan pemandu bas maybe dgn bas2 skali pn saling beramah mesra..heee..macam jugak semut...semut haiwan paling peramah..setiap kali jumpa dgn semut lain saling bertegur sapa..

semut 1:assalamualaikum..

semut 2:waalaikumussalam..pa khabar?sihat?klu ada masa lpg jemput dtg rumah..

semut 1:boleh bah klu kau(ni kes semut sabah ni..nge~~)

               Tapi kita ni kadang klu jumpa org yng br kenal 2 3 kali..buat2 x kenal...agak2 lah klu laki pmpn tu len kes lah..pandai2la..ni kes pmpn pmpn laki laki..jgnlah buat2 x kenal..klu dia kenal pn buat2lah mcm kenal dia terutamanya klu dia tegur kita dulu....e ehh,,,ko bah ni...lama x dengar khabr?(padahal nama pn x tau..jumpa pn lupa bila)..satu tip klu mahu tahu namanya.."hmm,bole minta nmbr tlfn?"..org tu jawab"boleh..013 bla bla bla"..haaa..ini partnya.."nama penuh sepa yah?...haaa~~pastu dapatlah refresh sepalah org tu..

               alhamdulillah hari demi hari aku semakin sedar akan hikmah yang allah bagi untuk jalanku..mungkin allah x bagi jalan yang kita rasa terbaik..tapi Allah bagi yang paling baik..sedangkan syaitan yang ingkar tu pn allah makbulkan doanya..inikan lagi kita manusia..khalifah di muka bumi..tapi khalifah2 jugak..walau khalifah ada yang bersifat lebih kejam dari binatang..

             x ada belas kasihan..astagfirullah..di manalah akalnya pn aku x tahu..walaupn aku ni xlah pandai betul layan budak2 ni..tp knplah bayi2 di buang..klu iya pn jgnlah buang bagi dgn org yg xda anak..yang tahu bersyukur..ni belum masuk lagi kes pmpn banyak hilang ni..dgr2 bnyk ikut buat hati..cehh...pikir2lah dulu sblm lari tu..ada kasut maraton kah untuk lari dari neraka allah..hmm..e2lah tu tiket sakitkan hati ibubapa...

               dalam rentetan hamba allah ini aku bersyukur kerana allah bagi kenal aku dengan sahabat yang dapat bimbing aku..alhamdulillah sedikit sebanyak bantu aku..tegur aku..bagi nasihat..smualah..dula aku rasa klu kita ada masalah dgn seseorg lantaklah dia..jgn tegur..jgn mengalah..tapi makin lama,aku semakin sedar..bukan,.salah caraku..mengalah bukan bermaksud kalah...tapi raih pahala..
        
              memeng syikin aku harap semoga allah sentiasa menjaga ukhwah kita..skrg masing2 dgn dunia sendiri..raihlah kejayaan dan ilmu yang berkat untuk persiapan kita di dunia akhirat..ingatlah sahabat2ku insyaallah doaku mengiringimu..
             

Monday, 2 April 2012

Tazkirah oleh ustaz A

Bismillahirrohmanirrohim...

Terima kasih saya ucapkan kepada pentazkirah tadi yang telah membuka mata,mengetuk pintu hati dan menyedarkan aku dan sahabat dalam tazkirahnya yang penuh dengan ibroh yang sangat berguna tadi.Pengisian yang sangat mendalam dan mudah difahami terutama sekali kepada golongan syabab yang berjiwa muda ini.Namun,ada sedikit yang ingin ku katakan.Ada sedikit uslub cara penyampaiannya yang kurang berkesesuaian pada pemikiranku ini.Ada beberapa contohnya yang kurang manis untuk diluahkan di hadapan umum.Walaubagaimanapun,tanpa terkesan di hati manakan mampu terkena di hati pendengar tetapi harus tahu batasnya.Insyaallah moga istiqomah semua.

Setiap hari,kita sebagai hamba allah perlulah sentiasa bermuhasabah terhadap segala kejadian dan kata-kata kita seharian.Mungkin baik,mungkin menyakitkan hati,dan mungkin sia-sia.Terus terang saya katakan kata-kata beliau baik dan sedikit sebanyak membantu dalam memberi persoalan kecil kepada insan hina ini.Manusia sering bercakap besar.Pada pandangannya,dia lebih baik,lebih tampan,lebih cepat memahami sesuatu pelajaran tersebut dengan tanpa disedarinya memperkecilkan orang lain.Tidak guna ilmu setinggi gunung namun hati miskin dengan akhlak suluhan islam.Ilmu banyak namun salurannya tidak ada dalam membantu islam dan masyarakat.

Dia bertanya mampukah kamu memandikan ibubapa kamu jika mereka meninggal dunia hari ini?kafankan?jawapanku mati.Memang benar ada di antara kami yang telah mengikuti kursus jenazah namun sejauh mana ilmu itu melekat pada sanubari hamba-hamba allah ini termasuklah saya sendiri.Sedikit sebanyak membawa saya kepada kesedaran dalam diri sendiri dan bagaimana kita sebagai manusia mestilah sentiasa bersedia terhadap segala yang akan berlaku di kemudian hari terutamanya pada hari kita dibangkitkan di padang masyar kelak bersama seluruh manusia di hari pengadilan itu.

Bagaimana agaknya kejadian diri kita?adakah kita tersenyum dibawah payungan kebaikan?atau berjalan penuh seksa dengan perlbagai bau yang menyengat hidung orang di sekeliling.Maha suci allah,dia berkata bahawa mereka yang mengambil wuduk akan memancarkan cahaya di bahagian badan wuduk akan bercahaya secara langsung membolehkan nabi Muhammad s.a.w mengenali yang mana satukah umatnya.Begitulah syafaat yang deiberikan kepada kekasih allah ini.Benar kita cintakan rasullallah..Namun sejauh mana kecintaan kita kepadanya kita tunjukkan?hanya dengan kata;kata?.Tidak!.Ramai menudung jari tapi ingatlah kita ada tiga jari yang menudung ke arah diri kita sendiri.Dan perkongsian ini adalah untukku buatuku dan buatmu..Balligu anni walau ayah..~_~

Saya rindu usrah..:)