Thursday, 31 May 2012

Bukan MuslimaT SEMBARANGAN

Siapa yang tidak pernah kena dengan ayat ini, "amboi...sombongnya..." "janganlah garang..."

pergh~ alasan supaya dirimu di layan bukan? Kadang, mereka memang SENGAJA untuk sombong, SENGAJA untuk garang. Bukan kerna itu sifat aslinya, tapi itu bentengnya dalam memelihara "Sirri'" nya.

Apa itu Sirri?'

Sirri' adalah perkataan dari bahasa BUGIS. Sirri' dari segi bahasa ertinya malu. Namun sirri' sebenarnya lebih dari sekadar malu. Kalau orang berkata - Dek na masirri' - boleh saja membawa erti 'dia tak malu'. Tapi kalau - Dek gaga sirri' na - itu boleh membawa erti lain yang amat mendalam.

Sirri' adalah maruah atau harga diri seseorang (juga dalam makna yang lebih luas, maruah bangsa dan agama) yang wajib dipertahankan. Orang sanggup buat apa saja bila Sirri' nya tercabar apa lagi tercalar. Kerana sirri', moyang kita sanggup menyeberang lautan luas yang ganas. Kerana sirri', moyang kita sanggup berjuang pertahankan tanah air dari musuh yang menceroboh. Kerana sirri, moyang kita sanggup buat apa saja.

Sirri' menjadikan seseorang itu berani untuk berkata dan bertindak. Perkataan dan tindakannya pula dikawal oleh akal yang waras kerana perkataan atau tindakan yang ikut nafsu akan menyebabkan kehinaan dan itu bercanggah dengan sirri'. Orang yang punya siri' tidak buat perkara-perkara hina, jijik dan memalukan. Sirri' mencegahnya dari mencuri, menipu, berbohong, malah siri' menghalangnya dari bersyubahat atau bersekongkol dengan sebarang bentuk kejahatan dan sifat terkeji.

Ringkasnya - Sirri' adalah kekuatan dalaman atau jatidiri (dalam Islam ia dipanggil aqidah) yang menjadikan bangsa Bugis pernah dihormati dan digeruni satu ketika dahulu.

Moga semua menjadi Muslimat yang BUKAN SEMBARANGAN dalam bersosial dan bergerak kerja.


Catatan: edit dari cetusan Dr. Badrulamin Bahron
Illustrasi gambar: MARSIS Creative
Join:Marsis

Monday, 28 May 2012

UmNo KPOP vs UAI


HOT,HOT,HOT!!

Kepelikan menghantui diri...Apakah yg sedg berlaku?Kerajaan TERBAIKLA~~


Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Friday, 25 May 2012

Pembongkaran hadis-hadis dha'if dan palsu kelebihan bulan Rejab,Fadhilah Maulana Asri b Yusoff hafizahullah.



part 2
part 3
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rh dalam Kitabnya ‘Tabyiin Al-’Ajab Bima Warada Fi Fadli Rajab” – (Menyatakan Keajaiban terhadap riwayat yang menyebut tentang Kelebihan Bulan Rejab): “Tidak ada hadis Sahih yang boleh dibuat hujjah menyebut tentang kelebihan Bulan Rejab, Puasa padanya juga berpuasa pada masa yang tertentu dalam Bulan Rejab”


Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa 25/290: “Berkenaan dengan amalan puasa Rejab secara khusus, hadis-hadis tentangnya semuanya dhaif, malahan palsu. Ulama tidak berpegang kepadanya langsung. Ia (hadis-hadis itu) juga bukan dari kategori hadis-hadis dhaif yang boleh diriwayatkan dalam fadhail a’maal. Malahan secara umumnya, ia adalah dari kategori hadis-hadis maudhu’ dan palsu”.

Apa yang tertulis jelas dan tidak menimbulkan perselisihan fahampun. Boleh berpuasa pada bulan Rejab tetapi jangan disabitkan dengan fadhail-fadhail yang sudahpun dibuktikan dhaif jiddan dan maudhu'. Lakukanlah puasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud, puasa sunat tiga hari pada mana-mana bulan tetapi jangan sabitkan itu adalah puasa Rejab kerana tidak ada puasa khusus untuk bulan Rejab,

credit to http://www.facebook.com/abuansarullah
              http://www.abuanasmadani.com/?p=1017

Thursday, 24 May 2012

Ada aku kisah!??

“Ustaz, kenapa bila kita nak buat baik je mesti ada orang yang nak mengutuk? Cakap kita ni kononnya nak jadi ustazah la, nak tunjuk alim la…” tanya Mila seorang pelajar sebuah IPT tempatan kepada seorang ustaz.

“Kalau kita buat jahat ada orang kutuk kita dak?” Ustaz itu menyoal Mila kembali.

“Buat jahat pun ada juga orang mengutuk kita.” Balas Mila kepada ustaz.

“Habis tu…bukankah lebih baik menjadi orang baik daripada menjadi orang jahat, jika buat jahat pun dikutuk?” Ustaz cuba bertanya kepada Mila.

“Ye tak ye jugak ek. Tapi kenapa, pengaruh orang sekeliling yang bercerita berkenaan peribadi kita ni boleh membuatkan kita terganggu setiap kali kita ingin berubah? Tanya Mila kepada Ustaz.

“Biasalah tu Mila. Manusia semuanya akan terus mengata. Kalau kita asyik menilai perubahan kita dengan lidah manusia, maka fokus kita pasti akan terganggu.” Jawab Ustaz.

Ustaz menyambung perbincangan semula.

“Ada satu kisah yang cukup popular antara si anak, si ayah, dan seekor keldai. Ketika dalam satu perjalanan menuju sebuah destinasi. Si ayah menarik keldai dan si anak menunggang diatas keldai tersebut. Lalu di sebuah kampung. Kemudian orang kampung disitu mengutuk si anak. Kata mereka sepatutnya anak yang menarik keldai dan ayah yang tua itulah menunggang di atas keldai. Si ayah sedih dengan kutukan lalu mengubah kedudukan. Ayahnya menunggang diatas keldai dan anak berjalan kaki menarik keldai tersebut.

Sampai di satu kampung yang lain, orang kampung disitu mengutuk si ayah. Kata mereka, sepatutnya ayah yang menarik keldai dan anak menunggangnya, kerana anaknya masih kecil dan tidak larat. Sekali lagi ayahnya menukar posisi mereka dengan kedua-dua mereka naik menunggang keldai tersebut.

Tiba di satu kampung berlainan, sekali lagi mereka dikutuk oleh penduduk disitu. Kata mereka, si ayah dan si anak itu zalim kerana menyeksa keldai. Sepatutnya salah seorang dari mereka mesti berada dibawah bagi meringankan beban keldai tersebut. Si ayah terus bingung. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk kedua-dua mereka berjalan kaki menarik keldai tanpa seorangpun menunggang keldai tersebut.

Namun, apabila masuk ke kampung berikutnya, sekali lagi mereka dikutuk. Kata penduduk kampung itu, si ayah dan si anak sangatlah tidak cerdik. Apa gunanya membawa keldai. Jika keldai tersebut hanya melenggang tanpa membawa si anak mahupun si ayah menunggangnya. Sekali lagi mereka bingung.

Itulah hakikat perjalanan hidup. Di mana sahaja kita berada, apa sahaja keputusan kita pasti tidak mampu menutup mulut orang lain. Apatah lagi memuaskan hati semua pihak.” Cerita ustaz dengan panjang lebar kepada Mila.

“Habis tu macam mana ustaz? Apa kekuatan kita untuk berhadapan dengan kutukan ni. Saya ni jenis lemah semangat sikit kalau ada member-member yang menjeling dan mengutuk saya terus malu nak berubah. Bagila tips sikit.” Mila menyoal kembali kepada ustaz.

“Beginilah…kita ambil juga pengajaran daripada kisah si ayah, si anak dan keldai tadi. Cuba bayangkan jika si ayah, anak dan keldai tadi sudah meletakkan pelan perancangan perjalanan mereka. Contohnya, mereka merancang untuk 5 kilometer pertama si ayah berjalan menarik keldai dan si anak menunggang keldai sambil berehat. 5 kilometer berikutnya si anak pula menarik keldai dan si ayah pula menunggangnya untuk bergilir berehat.

Pada 5 kilometer seterusnya pula, si ayah dan si anak kedua-duanya menunggang keldai untuk sama-sama mereka berehat. Dan akhirnya pada 5 kilometer terakhir si anak dan si ayah kedua-duanya turun berjalan kaki menarik keldai untuk memberi peluang untuk keldai pula yang berehat.

Rasanya, jika ke mana sekalipun kampung yang dilalui, apa jua kutukan yang diberi pasti tidak menggugat perasaan si ayah dan si anak tersebut. Ini kerana itulah pelan asal mereka yang telah mereka tetapkan. Bagi mereka, orang yang mengutuk mereka langsung tidak mengerti apa pelan perjalanan mereka. Jadinya mereka dapat berjalan tanpa mengiraukan walau apa jenis kutukan.

Daripada kisah ini, samalah jika Mila sendiri dari awal melakukan perancangan rapi, persediaan tersendiri, mahupun strategi untuk berubah dari awal…maka apa sahaja kutukan dari member Mila, langsung tidak memberi kesan kepada perubahan Mila. Kerana member Mila tidak tahu apakah strategi perancangan hidup Mila. Kalau ada juga yang mengutuk, jawab sahaja kepada diorang… “Ada Aku Kisah!!?”

From:www.imamudasyraf.com

Saturday, 19 May 2012

Bermula dengan subjek DATABASE..

Alhamdulillah..lepas sudah database..rasa kurg sikit lah batu di bahu ni..baccat pn kurang..hehe..
Ari tu seorg sahabat ada cakap,begini bunyinya...lebih kurglah..

S.RO:Huh,alhamdulillah database dah lepas...
Aku:iya..nasih baik..kurg sikit lah mo dpeningkan..
S.RO:Macamanalah Rasulullah dulu tu tadbir negara campur lagi dakwah untuk islam arr?
Aku:maksdnya?
S.RO:iyalah kita ni baru 1 sem da pening sangat kepala nak pikir pasal assignment,bla3~~Rasulullah tu macamana?lagilah banyak yg dia nak pikir berbndg kita ni..(loghat kedah)
Aku:(diam...pikir,pikir,pikir,pikir,pikir,pikir)

Apa yang si S.RO cakap tu ada betulnya..tersagt2 betul..x taula..klu di renungkan kita ni banyak tul merungut..termasuk akulah jugak..=_='..padahal pengorbanan nabi para sahabat dan sehubngn dengannya lagilah besar..kita ni merungut sana merungut cni..Apa pulak nasib saudara islam kita di syria..di bunuh diperlakukan tanpa belas kasihan..susah kita ni klu terus macmana gni..berat nanang..~!

Dalam kehidupan kita ni patutnya kita mesti sentiasa perbaharui niat kita..Klu mula2 niat x betul,betulkan..menntt ilmu sbb apa?dapat kerja bla3...dapat sijil..kerja dan sebagainya..hidup di dunia ni cukup untuk sijil jak kah?unuk kerja bagus jak kah?x..hidup di dunia U skrg ni bukan stakat pegi kelas,balek kelas, makan tidur...X sama sekali!statement knn2 org struggle"aku ni x minatlah ikut aktiviti luar,lebih baik tmpukan study"..huh!tumpukan lah sangat..sebagai seorg muslim APA SUMBANGAN KITA UNTUK AGAMA KITA HARI INI ESOK DAN HARI-HARI SETERUSNYA?


x bolehlah pegi..cari Sijil bukan takat dunia Tapi carilah jugak sijil akhirat..ni x klu xda sijil x mau g program2 membina diri dn tarbiyah untk diri..Klu dalam kelas dapatkah ilmu mcm gtu?mungkin dapat tapi..sikit mcmsecubit garam..

Jom kita jadi manusia yang bijak dalam berbuat segala amalan baik...حب الله وحب  الناس...mujahadah dari hawa nafsu sampai syaitan pn boleh fedup dgn kita...

Syaitan:Yo,bos boleh tukar org kah?aku x tahanlah si fulan ni..aku goda punya goda x makan saman..
Ketua syaitan:ko mmg x boleh harap!!
Syaitan:tolonglah bos antr aku dengn manusia yg sblm ni..aku x tahan dgn dia..baca quranlah qiamlah..smua dia mahu buat..ssh mo goda dia ni..(nangis teresak2)
Ketua syaitan:Baccat jo!~~


"إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬ "

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(suarah assof ayat 4)

Kita ni plak dalm melakukan sesuatu amalan kebaikan jgnlah buat solo2..islam ni meliputi semua..maksdhnya kita hidup dalm jemaah..mampukan kita sebagai seorg muslim genggam kekuatn islam ni hanya dengan bergerak sndiri..padahal islam ni merangkumi ekonomi politik sosial..pokoknya smuala..so,klu mahu berjaya dunia akhirt jgn selfish..conth pegi masjid atau solat awal jgnlah pegi solo2..ajak sahabat dan org lain sekali..nilah salah satu budget saham yg baik kita d akhirat..


org ckp kubur lain2..mmg kubur lain2 tapi takkan kita duduk 1 liang lahad siap minum2 teh lagi..santai2..piknik2...tapi setiap dr kita ni ada tnggjwb terhadap org lain jugk..mana lebih senang?sebatang lidi di patahkan atau segenggam?..mengikut logik akal warasku mestilah senang dipatahkan klu sebatang..klu ada yg x waras rasa yg segenggan tu lebih senang patah..aku nasihatkan jumpa doktor..klu x pn minta masuk pusat rawatn terkawal mental..heee

Maaflah pren aku ni x sempurna lagi..mo tegur org lagilah susah..nanti kita ckp2 org benda tu kena semula dgn kita..klulah 1000 org ckp mcm gtu.hancurlah kita ni..tgg malaikat 3 hari 3 malam bagi tarbiyah pn mmg lah menunggu kucing semut arnab betanduk pn xkan jadi..kenapa takut benda yg x sepattnya jadi dgn kita..hiduplah di kalangn org2 yang sentiasa ingatkan allah..

insyaAllah benda2 tu x jadi pnya..Mohon dengan allah..Doakn kita x termasuk dalm golongn yang lalai dan melakukan maksiat...Allah itu berdasarkan sangkaan hambanya..sentiasalah bersangka baik dengan allah..Hidup tenang lagi mendamaikan.,insyaallah..subhanallah..

Bukan lah jugak aku merayu supaya kita ni ari2 kluar jumpa org..pastu tiba2 ckp dgn org tu ittaqull Allah...mana2 jumpa org ckp gtu,..X semstinya..klu aku jd org pn mesti aku pn pelik..apa hal ni org?..bukn salah cuma setiap org yg kita cuba bagi peringatn untuknya dan diri sendiri ni meliputi banyak type(hah,org putih ni..hee)..bukn smua org boleh trm..Cari pendekatan yg mudah dan berkesan..bukn takat muka berkerut macam ASKAR 24 jam dan hanya tahu menghukum org..grrrr..

senang cerita dlm fb..tipulah klu ada org ckp dia xda fb..ceh..drpada upload gmbr budgt comel mcm gni..(bibir dimuncgkan mata keatas dan snap!)



pastu letak nama picture tu "saya besa2 saja"
aku pelik ajaib dan kehairanan??????????????..sudah tau diri tu "Besa2 saja"kenapa mo menunjuk gambr budget comel..adoi~~pening kepala aku dgn kbnykn pmpn skrg..muslimah pn ada jugk,..yg makin gelik nama fbnya plak contohla~~
Hani comel
Aku baby pink(hahahahaha..umur 20 lebih..babylah sngt..hahahaha..ni paling lawak..mmg lawak)
Gadis comel.

semua nama2 ni menggelikan ati..bukn lah aku ckp haram dan sewaktu dgnnya..cuma mmg menggelikan ati..hahahahaha

adoi..~~..kite tak comel..~~tau pn x comel jgnlah sebarkn diri x comel tu...hayya~..berat mata memandg berat lagi hati menahan ketw..pastu mulalah seangkatn manusia komen..ee awk comel..cute dan macm2 lah..pastu dia jwb..xdala saya besa2 jak..heyy..ada persoalan yg perlu di rungkai dan dikaji di situ..tolonglah wahai muslimah jagalah diri kita ni...mahukan kita ni jadi tntnn lelaki ajnabi?astagfirullah...

Sebenarnya bukn ini yang aku cuba sampaikn..yg point penting psal fb ni aku mo crt ttntg stats fb yg x wajar2..contohla~~

"geram dengan dia..dasar *******,******,*****..."
"sekrg tengah makan domino pizza"
"Awak dan saya selamanya"

Benda yang x perlulah rsnya mahu heboh 1 kampung...stats kita d fb tu nanti akan di soal d hari pengadilan..apa yg kamu post dlm fb slama kamu idup..Kan baik klu kita jadikan dia medan ilmu dakwah dan sebagainya..seorg baca kan kita boleh dpt pahala..dr perkara sia2 tu?ehh siapala mahu tahu ko tgh wat pa?makan lah apa la sweet2 knn...alamak~Ni lah kurniaan untk kita manusia akhir zaman ni supaya dapat raih lebih banyk pahala..

Ada yg soal,macmana kita ni mo setndg dgn umat terdahulu sbb dorg idup lama..amaln dorg mesti lagi banyak..kita ni?hah!fb ada twitter ada..BLOG ada..nilah saham kita raih pahala..teknologi zamn skrg ni boleh bantu kita..terpulg dr kita mcmana mo guna..apa yg kita post tu klu dpt bagi hidayah dan kesedarn terhdp org lain macama?dan dia berubah?allahhu akbar..pahala tu..mcm pisang goreng laris dijual..

Thumbs up kepada mereka yang gunakan fb dengan bijak..hehe..post kali ni aku santai sikit..klu balek2 sajak jak mmg aku pn bosan..haha..semoga kita menjadi manusia yg hari ni lebih baik dari semalam dan bukn manusia yang hari ini sama dengan kelmarin atau hari ini lebih teruk dari kelmarin..







Tuesday, 8 May 2012

Lelaki yang dirindui,FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN.~_~

Dulu,

Bila disebut lelaki

Wanitanya mendongak megah

Lelaki kami Asadullah, Saifullah

Tokoh ramai tak terkira


Kini,

Bila disebut lelaki

Wanitanya menunduk lemah

Tokoh kami sedikit sekali

Ramainya boneka Yahudi



Dulu,

Bila disebut lelaki

Wanitanya tenang di hati

Lelaki kami menjaga, melindungi





Kini,

Bila disebut lelaki

Wanitanya mahu cabut lari

Lelaki khianat , perogol bersiri



Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya

Sepasukan kuda putih membela

Al-Mu'tasim kebanggaan wanita



Kini,

Ramai wanita suci dipenjara

Diperkosa minta dibela

Lelaki tunduk tak bertenaga



Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya

Lelaki memagari sehabis daya

Tiada siapapun berani menggoda



Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya

Lelaki tak kisah auratnya terbuka

Wanitanya dibiar bebas, binasa



Dulu,

Lelaki menggadai harta dan nyawa

Untuk mengangkat kemuliaan agama



Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama

Demi nafsu , dunia dan seisinya



Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah

Kental berjihad , tekun berdakwah



Kini,

Lelaki hanya menyanjungi sejarah

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah



Dulu,

Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah

Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh



Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya

Hingga sanggup membunuh



Dulu ,

Lelaki bersatu menghadapi musuh

Angkatannya kuat dan teguh



Kini,

Lelaki berpuak dan berpecah

Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku

Pada kelelakianmu

Kami rindukan lelaki dulu

Acuan Madrasah Rasul

Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

Wednesday, 2 May 2012

Adikku yang pergi..

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri


LAHAD DATU 1 Mei - Tiga sekeluarga mati lemas, manakala lima lagi terselamat apabila bot yang mereka naiki untuk berkelah sempena cuti umum Hari Pekerja karam di Pantai Kahapan, Tungku dekat sini hari ini.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu ialah Noristikoma Sadik, 18, dan Norhayati Hassan, 50, manakala seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Ani Udin, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Lahad Datu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat berkata, mereka seramai lapan orang telah ke pantai itu untuk berkelah sebelum memutuskan menaiki bot bagi bersiar-siar di sekitar pantai itu.
“Bot itu tiba-tiba karam, lima daripada mereka berjaya berenang menyelamatkan diri," katanya. - UTUSAN

Sebagai seorang insan aku sayang padamu..
Buat adikku NurIstiqomah Binti Sadik....

              Pergimu dan perpindahanmu dari dunia ini merupakan suatu kejutan untuk semua insan yang mengenalimu.Dirimu yang ceria sentiasa dengan telatah dan usikanmu yang sentiasa menggembirakan setiap orang.Tegas dan bertanggungjawab tetapi sangat lembut dan mudah diajar serta dilentur.Adikku sayang,maaf ku pinta tidak dapat menjengukmu buat kali terakhir.Sungguh sedih tidak terkira aku rasakan engkau pergi secara tiba-tiba sewaktu baru pulang bercuti di rumah.Adikku..doaku moga allah pertemukan kita lagi di alam yang satu lagi.Mungkin setakat ini saja jodoh perkenalan kita namun ku yakin matimu dalam keadaan husnul khotimah dan aku sebagai Hamba-Nya sedar bahawa hidup di dunia haruslah sentiasa beringat pada mati.Jangan hanya tahu bergelak-ketawa dan bersuka ria tanpa beringat pada yang maha Esa.

Adikku...

            Masih terngiang-ngiang di telingaku saat kita masih di sekolah menengah dahulu.Kita berdua ada panggilan tersendiri buat aku dan buatmu.Mungkin pelik,namun setiap kali gelaran itu kita lafazkan tentu sahaja seiring dengan gelak tawa.Denagn suaramu yang nyaring sering menjadi teguran semua.Adikku,....sungguh aku rindu saat itu.Pernah juga aku termimpi bahawa kau suatu hari nanti akan tamat pengajian sekolah menengah dan kita akan bertemu lagi di USIM..mungkin...Namun,rupanya segalanya cuma impian dan angan-angan semata.Allah telah menentukan ajalmu yang dulu sebelum aku.Jika engkau inginkan nasihat kita sama-sama bercerita dan berkongsi pendapat.Ya allah ku dambakan kasih sayangmu buat insan ini...Nuristiqomah binti Sadik..berikanlah dia tilam yang empuk bilik yang luas lagi mendabaikan untuk dia beradu menanti hari-hari seterusnya...

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti menemui mati..Tidak kira tua ataupun muda,kaya atau miskin,kuat atau lemah kesudahannya tetap sama.Hanya Allah yang kekal selamanya.Maka sebagai hambanya tingkatkan amal dan cegahlah kemungkaran.Tambahkan saham amalan selagi dengan izinnya nafas ini masih ada.Moga cahaya ISTIQOMAH sentiasa bersama kita sebgai hambanya...amin.,..

"Rupanya di atas rahsiaNya,engkau pergi dulu..Lambaian Al-fatihah dan doa buat adikku NurIstiqomah binti Sadik yang sentiasa ceria...Dengan izinNya moga bertemu lagi.."

Tuesday, 1 May 2012

Kamehameha keadilan.

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci, tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala KEZALIMAN
Dengan tulus ikhlas untuk KEADILAN
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat SYURGA


Lagu : Gelombang Keadilan
Penyanyi : Shoutul Harakah