Friday, 22 June 2012

Malam di KK1

Indahnya hidup berpaksikan islam.
Suara imam sedang mengepalai solat malam terasa nyaman
Indahnya laungan islam
Tatkala hati penuh noda kotor perlu pembersihan ayat suci al Furqon sebagi penawar
Hidup terasa kosong tanpa makanan rohani mengecas seluruh isi di badan

Subahanaallah ciptaan tuhan
malam ini langit gelap tapi ada terang
perungkai masalah ketenangan jiwa alam
sunyi sepi dengan ada rahsia di batu hitam.

Saturday, 16 June 2012

Kerana Aku seorang Muslimah


Kerana aku seorang muslimah,
Cuba mujahadah dalam melalui jalanya
Perbaiki diri dan muhasabah diri
Istigfar ubat dan taubat nasuha pil bahagia
keranaku tahu syurganya bukan murah
walau dikumpul emas intan permata takkan dapat sentanding harganya

Kerana aku seorang muslimah,
aku berdoa terlindung dari segala kejahatan dunia
Sifat keji dengki dusta riak dan sekutu dengannya
kerana semua perosak amalam raih pahala
jiwa kacau semakin binasa


Kerana aku seorang muslimah,
Pengorbanan Rasulullah cuba ku kenang sentiasa
ajarannya biarlah kekal hingga mati itu tiba
dengan limpahan nikmat husnuh khotimah
tidak tamat sebelum kata 
Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah


Kerana aku seorang muslimah,
pakaianku ku jaga mengikut syariah,
Bukan sebagai penghilang wujudnya aku di dunia,
tetapi simbolku sebagai muslimah
demi agama demi menjaga


Kerana aku seorang muslimah,
ilmu ku tuntut walau tidak sepandai saidatina Aisyah
namun ingin berjaya di dunia dan di sana
dengan tambahan majlis ilmu yang ada
kuatkan semangat dan bantu agama-Nya 
tingkatkan ibadah berjuang dalam jemaah


Kerana aku seorang muslimah
Seorang anak yang banyak cacat cela
kadang degil dan buta mata
cuba berubah menjadi anak solehah
kerana ku tahu syurga di tepalak kaki sang ibu ayah
sayangku pada ibu,ayah dan keluarga perlu utama
moga terjalin keluarga bahagia


Kerana aku seorang muslimah,
punya ramai kawan yang pelbagai rupa
namun bukan semua bisa dijadi pendamping setia,
kala hujan payungnya ada,
kala pelangi tiba diajak duduk lihat indahnya
menjadi jam loceng tika diri alpa
nasihat dan teguran tak pernah lekang dari mulutnya
akhlak muslimah pada sahabat akrabnya


Kerana aku seorang muslimah
bukan mudah menabur cinta pada jejaka
kerana ku tahu semua basi belaka
kerana ku malu cintaku Pada yang Esa bukan sehebat mana
dengan iman yang senipis kulit bawang
batas ku jaga diriku pelihara
pekakkan tomahan harimau sombong dan sebagainya
Jodoh itu atas ketentuannya,
Entah di dunia atau di akhirat sana


Kerana aku seorang muslimah,
ku renungi dosa-dosa sebelumnya,
ikhlaskan niat khusyuk ibadah itu aula,
idola utama peribadi Rasululallah
Pakaian betul dalam agama
Ilmu  di dada jangan dilupa
Ibu dan ayah itu sayang selamanya
sahabat akrab biarlah yang baik belaka,
bekerja hebat walau dengan lain jantina
tapi batasan dijaga bukan fitnah

Hidup di dunia umpama belayar ke destinasi yang entah bila tiba
perlu sediakan kapal sebesar tatanic atau sampan kecil sahaja?
atau ingin bot yang punya enjin high class punya?
Tadahlah tangan dan sentiasa berdoa,
moga bekalan kita cukup menuju keredhoannya,
Aku bukan wanita biasa!!

Kerana AKU seorang MUSLIMAH...

Nukilan:Saudari Ai Syarifah

Thursday, 14 June 2012

Adik silat..x boleh blah....



Aduh.....pecah ketawa aku tgk budak ni..uiiiii...kecik2 sdh belajr silat....tangan tu MAHAL!~~....bibir lagi lah mantap!!!..kah300000x....berstyle lah kamu ni dik~~~~heeeeeeeeee...rest kejap~~exam in progress..level up for bisnes~~


Monday, 11 June 2012

Exam in Progress!

Insyallah esok tepat pukul 2.30 petang aku akan menghadap paper exam prinsip amalan dan komunikasi dakwah.Debaran kian terasa..mungkin..
Teringat cerita masa tadika dulu,seminggu sebelum tadika sudah siap iron baju,kiwi kasut..siap ada botol air yang bertali..pokoknya semua sudah siap lah..bukan sehari sebelum,SEMINGGU tu..Nampak kesemangatan belajar di situ..

Peredaran zaman semakin berlalu dengan cepat seiring dengan kesibukan manusia zaman kemodenan yang mendatang dari masa ke semasa.Hah~~hehe..Dengan penuh kesemangatan aku bangun pada pagi itu dan bersiap untuk bersekolah untuk hari yang pertama..Indahnya saat itu..haha..Maklumlah budak-budak bukan main semangat hari pertama pergi sekolah..Sekarang?..NO KOMEN..

Ingin dipanjangkan cerita aku ada kawan baik dari kecil sampai sekarang..Oleh sebab sememangnya kejahatanku semasa kecil jelas terserlah aku selalu panggil kawan aku tu si BOTAK..sudah jelas terang lagi izhar dia botak...mahu buat macamana?..hehehe...c BOTAK dengan mak dia..dan aku dengan mak aku..Maklumlah kami kan jiran jadi sama-samalah jugak daftar pegi tadika ni..

Aku:eh BOTAK kita tadika kan hari ni..hehe..

BOTAK:iya...yeye...

Sunday, 3 June 2012

Tips Awal sebelum bertudung labuh..

Hari ini lebih buruk dari kelmarin,CELAKA
Hari ini sama dengan kelmarin,RUGI
Hari ini lebih baik dari kelmarim,UNTUNG

[Petua] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...
 1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

 2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

 3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

 4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

 5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

 6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

 7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

 8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

 10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

semoga dipermudahkan dan ditetapkan hati..istiqomah dan iklas..