Sunday, 7 July 2013

Ciri-ciri Khusus Islam

CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM:
1.rabbaniyyah
2.syumuliyyah
3.inqilabiyyah
4.'alamiyyah
5.waqi'iyyah
6.thabat wa murunah

1. RABBANIYYAH (KETUHANAN) Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah. Ciri Rabbaniyyah ini akan melahirkan mukmin bersifat Rabbani iaitu beriltizam dengan Islam dari segi iktikad, pemikiran, cita-cita, percakapan, dan perbuatan.
Sudut Rabbani terbahagi kepada dua bahagian iaitu : Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan: Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah, pengabdian kepada Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insan di dunia ini. Kesemua ajaran Islam yang baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalat, akhlak dan lain-lainnya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyah terhadap Jiwa Manusia:
» Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.
Rabbani dari manhaj dan sumber: Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat. Kesan Sumber dan Manhaj Rabbani: » Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan » Terhindar dari pengaruh kekayaan » Islam sesuai untuk manusia » Mendapat penghormatan dan kehormatan.

2. SYUMULIYYAH Ia bererti ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara. Sudut kesyumulan Islam :