Monday, 22 October 2012

Manipulasi orang Agama

Alkisah dua orang pelajar syariah tengah makan tengahari.

Si A mengambil sepinggan nasi beserta lauk, lalu dia duduk dan makan. Begitu juga sahabatnya si B. Belum sempat si A selesai menyuap suapan yang ke-3, si B sudah bangun menambah.
Pelajar A: Oi, cepatnya engkau tambah!
Pelajar B: Sesungguhnya Allah mencipta makhluknya berpasangan, aku ikut sunnatullah je, dua.
Pelajar A: . . . --

Kemudian baru suapan ke enam pelajar A, si B sudah licin pinggannya dan tambah lagi.
A: Tadi kata berpasangan?
B: Sunnah Rasul buat sesuatu 3 kali. Macam wudhu', beri salam, dan lain-lain, maknanya 3 ni bilangan istimewa. Rasul SAW kalau ulang sesuatu yang penting pun 3 kali. A: . . . --

Tak sampai seminit, si B tambah lagi!
A: Lapar betul engkau ni! Tadi kata ikut sunnah?
B: Seorang lelaki boleh berkahwin empat, itu had nafsunya. Sedangkan kahwin pun boleh empat, apa salahnya makan empat?
A: Nafsu pulak . . . --

A baru habis separuh pinggan, si B tambah lagi!
A: Kuat betul nafsu engkau!
B: Kalau solat yang menjadi makanan rohani itu lima kali sehari, nasi pulak makanan jasmani. Yang penting khusyuk!
A: Pandai-pandai je... --

Dan B seterusnya tambah pinggan yang keenam.
A: Hai... solat sunat pulak ke?
B: Allah mencipta alam langit dan bumi bukan gedebok sekaligus, tapi Allah bahagi-bahagikan ke enam hari, yakni enam peringkat. Allah ajar kita, buat sesuatu mesti bersistem, ada tahap-tahapan! Jadi aku makan pun bukan sekaligus, tapi sikit-sikit, enam peringkat, ikut sunnatullah.
A: . . . --

A hanya tersenyum sumbing. Dia baru nak habis sepinggan, B dah tambah lagi.
A: Hebat gila selera engkau.
B: Angka tujuh ialah angka yang istimewa. Allah cipta tujuh hari seminggu, tujuh langit, tujuh ayat surah al-Fatihah, dan banyak lagi contoh lain keistimewaan angka tujuh.

A: (tersenyum sinis) Meh aku beritahu engkau sesuatu.
B: Apa dia?
 A: Aku baru makan SATU pinggan. Engkau dah makan TUJUH. Bukan ke Nabi s.a.w bersabda yang orang kafir makan dengan TUJUH perut, sedang orang Islam hanya makan dengan SATU perut?
 B: LA HAWLA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH! Nasib baik engkau ingatkan! Meh aku tambah lagi sepinggan, biar tak menyamai orang kafir!
 A: (tepuk dahi kuat-kuat) --------------------



Kesimpulan: Orang agama atau orang yang cerdik adakalanya lebih pandai memutar-belit hujah jika mereka tidak jujur. Maka bertakwalah kepada Allah, sama ada anda belajar agama atau tidak. Lebih-lebih lagi jika anda belajar agama. Dan nilailah setiap perkataan dengan neraca iman dan ilmu, dan bertanyalah kepada orang yang lebih alim dan dipercayai kejujurannya. Kalau manusia biasa pun pandai mencipta alasan, inikan pula orang alim dan cerdik pandai!

 Credits; Muhammad Eirfan.

Friday, 5 October 2012

OPPA GANGNAM STLYE MEMANG LANGSUNG XDA STYLE!

"Oppa, GANGNAM STYLE " memang "NDAK STYLE"

Kenapa 'Oppa, GANGNAM STYLE'  aku cakap xda style?betul apa??oppa xda style..

Aku tengok macam HOT pasal style ni?apa sebenarnya benda ni?dimana2 pn org ckp sal style tu..FB lagi jgn cakapla~..Xpaham aku..yang aku tahu dia ni sal lagu Korea..pastu entah ada related dgn tarian..dlm Youtube ada,tapi aku malas mau tengok..cam xda faedah pn..so aku pn carilah dgn al fadhil ustz GOOGLE..ini ceritanya..:

Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat. Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut 'abang' atau 'encik' .

Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ' cara encik gangnam'.Tarikan utama Gangnam Style ni adalah pada tariannya yang mencuit hati apabila koreografi tariannya seperti sedang menunggang kuda. Bila dilihat gerak tarinya memang agak janggal tetapi dalam masa yang sama menimbulkan perasaan lawak kepada penonton. 

Sejak dikeluarkan lagu ini adalah yang paling popular bagi bulan July 2012 di dunia, video ini telah mendapat 8 million views dalam masa 2 minggu sahaja..Muzik video yang dikenali sebagai tarian kuda dan popular dengan korus ‘Heyyyy, sexy lady!’ mampu menggubah nasib Psy dalam tempoh sesinni rupanya gangnam style tu..macam sakit jak aku tgk dia ni..masalh lutut kot..entah2 gaut?hehegkat itu.


What????!!!
KEEP CALM AND GANGNAM SYLE?WHAT??!hmmm..

x masuk akal..apalah kita ni mahu sibuk ikut budaya tarian kurg senonoh tu..?diagung2 kan?untuk apa?knn stylo lah?ADOI~~poning den..
xpaham xpaham xpaham~~..



Ini rupanya gangnam style tu..macam x betul jak aku tgh..maybe dia ni sakit lutut kot?entah2 GAUT?hehe..mungkin~~

"koreografi tariannya seperti sedang menunggang kuda'..ohh mcm tunggang kuda tp yg lain dr yg lain kudanya xda..aishh..???memang xda style lah..kurg kretif kita sebagai org Islam  ikut tarian ni..lebih2 lagi sokong..SEXY LADY,amboi~~..

Maka sebagai orang yang beriman,tahu hukum dan umat junjungan mulia Nabi Muhammad,HENTIKAN budaya yang cuma tahu MengCOPY PASTE budaya kuning ke dalam pemikiran syabab islam.Dari sibuk menjadikan Gangnam stle sebagai tauladan,lebih baik jadikan SULTAN MUHAMMAD AL -FATEH sebagai idol hari ini.Perjuangannya sempat di rakam oleh Baginda sebelum peristiwa penaklukan konstintaniple lagi mana yang menjadi suatu sejarah kemenangan yang besar bagi umat islam.

HISTORY are not made by COWARDS.

Rancanglah kehidupan yang lebih bermakna dalam menjadi hamba yang soleh dan menjadikan orang lain soleh di sampingnya.Hidup di dunia adalah untuk membeli saham untuk kekayaan menuju syurgaNya.Maka jadikan kehidupanmu hari ini lebih baik dari kelmarin dan esok lebih baik dari hari ini.dan ingatlah firman allah dalam surah al imran ayat 53

"ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين"

And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners.




sumber:http://azimaris.blogspot.com/2012/09/apa-itu-oppa-gangnam-style.html
           http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20120908/hi_04/Apa-itu-Gangnam-Style
           http://ipohmalay.blogspot.com/2012/08/jangan-malukan-umat-ini-maksud-sebenar.html


Monday, 1 October 2012



"Engkau mengaku CINTA ALLAH??
apakah engkau mengetahui ada syarat2 yg perlu dipenuhi sebagai bukti CINTA tersebut??...
 >> engkau menerima dgn apa yg telah ditetapkanNya untukmu <<
 >> engkau menyesuaikan diri dengan kehendakNya <<
engkau tidak boleh percaya, menyukai dan merindui selain
DIA Jika ini tidak engkau lakukan..maka BERTAUBATLAH atas pengakuanmu yg dusta.. "

 ~Syeikh Abd Qadir Jailany~

From Ummi:http://pendakisenja.blogspot