Aku Jatuh..

hari ini mungkin ada kesedihan di hatimu,
kerana ada sesuatu yang tidak dapat kau gapai,
namun jangan kau gusah kerana ada sinar dan cinta allah yang sentiasa menemanimu..

jatuh semangatmu,kecewa dengan berita hari ini,
tapi jangan kau lupa bahawa allah itu pengatur kehidupanmu yang sebaiknya,
seperti mana lagu ini semua makhluk berharap padaMu,
suluhan penyinar cintaMu ya Allah,
tidak ada apa-apanya kesedihanmu itu berbanding kesusahan saudara mu yang lebih hebat,
dengan dugaan perjuangan hidupnya seharian,
harus kau tahu Allah sentiasa menjagamu...

langkahmu kaku,beku,seolah-olah dalam 'KOMA',
harus kau sedar sebenarnya sentiasa ada pendamping yang terbaik untukmu,
penawar segala kesakitan dalm diri,
jika kau tinggalkan dia,maka kau ibarat debu yang berterbangan di udara,
tanpa arah hanya menjadi perempat di mana sahaja..
Al-quran....

cintamu pada tuhanmu jangan kau pernah lupakan,
perhatikan dan renung mereka yang sangat beringat akan mati,
merasakan seolah-olah sehembus nafasnya sia-sia tanpa alunan zikir,
inilah dia manusia pimpinan suluhan iman dan akidah yang berkualiti,
ya Allah...ya Rahman ya Rahim...tenangkan hati ini..






bukanlah semua yang engkau harapkan adalah terbaik untukmu,
namun jika itu harapan terlalu tinggi teruskan tadah tanganmu,
memohon pada yang maha Kuasa,
tetapi harus kau sedar bahawa di tangan-Nya ketentuan apa yang kau hajati,
mungkin kau akan menangis kerana kehilanganmu itu,
tapi bersabar dan yakin,
Allah tahu yang terbaik dalam rentetan kehidupan seorang hambaNya,

hari ini menjadi suatu pengajaran buat diriku dan dirimu,
jangan bersedih,bangun!bangun!!bangun!!!
teguhkan dirimu dengan Cinta Allah..
berserah dan redho dengan segala cubaan duniawi ini..
bertahan sehingga akhir Nafasmu...


Alhamdulillah......



Comments

Popular Posts