Post FB Hina Sabah,Warga Sabah Marah
Emaliza Lizaema,sedap namanya,memakai tudungnya,namun cetek pemikirannya lagi berbisa tuturnya.Tidak patut rasanya cik adik manis kita ni mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa kerana ini mampu mengeluarkan virus anti perpaduan dan akhirnya perpecahan,penghinaan,dan pandangan negatif antara sabah dan semenanjung.Ini kah 'Satu Malaysia'?
"Hai sume..ak nk tnye ni.kt sbh ad lrt?ad x tmpt karaoke?ak jijik ngn tmpt kotor kt sbh ni.yuckkss.ak kn study kt sbh bumi pengotor ni..please la..i x rela u.hidup kt negeri sampah sabah negeri sampah..yuckss.."
Memalukan warga negeri sembilan termasuk aku sekali yang sedang menuntut di USIM,nilai,Negeri Sembilan.Kalau kita pandang dari aspek yang lain,berkemungkinan besar adik ni kurang pendedahan mengenai kehidupan sabahan yang sudah semestinya berkaitan dengan media.Apa tidaknya,di kaca TV sekalipun sering memaparkan iklan-iklan sabah yang hanya terdapat pokok,hutan,dan monyet.Walhal pada hakikatnya wujud pembangunan dan kemudahan asas buat warga sabah.Dan kami bukanlah warga 'PENGOTOR' yang dinyatakan oleh adik manis ini.
Negeri sampah?yuckss??.Rasa sedih dengan kenyataan adik ni..Namun walaubagaimana sekalipun,saya bangga jadi warga sabah.Sampah pun sampahla.Terus terang pada pandangan saya sendiri,budaya hidup dan tutur kata warga semenanjung yang saya kenal sangat lemah lembut,baik hati dan peramah.Memang patut dicontohi.Namun,setiap orang punya kelemahan dan kelebihan.Begitulah sabah dan semenanjung Malaysia.
Kepada warga sabah yang sibuk dengan aktiviti caci mencaci lebih baik kita banyak-banyakkan bersabar atas cacian terhadap negeri sabah.Tidak salah dan tidak rugi kalau kita berada di pihak yang sabar.Malah allah beri pahala berlipat kali ganda di bulan suci ini.Ingat MENGALAH bukan bermaksud KALAH.Di sini kekesalan juga ingin diluahkan kepada bahagian Kementerian Penerangan Sabah kerana kurang memberi pendedahan kepada dunia luar terhadap kehidupan penduduk di Sabah.
Kepada admin page fb di bawah marilah kita sama-sama hentikan budaya caci memaki dan jadilah seperti sebuah pokok yang berbuah.Dilempar batu,menjatuhkan buah.Diharap adik manis kita juga sudilah meminta maaf kepada warga sabah agar page sedemikian ditutup,
Demi maruahmu,Demi agamamu,Demi negaramu..
Setelahku kaji maksud sakai dengan sahabatku yang tinggal di semanjung,maksud sakai tu 'orang asli'..Ooo,ilmu baru..Thanks guys..Laila,nawi..
|
Dunia ini hampir mati,oleh itu sama-samalah kita perbaiki diri,ubah perspektif diri dan pandanglah dari setiap aspek kehidupan realiti hari ini.
Inikah "Sakai"??atau ini sakai??
Hmmm???
oohh,mcm tu ceritanya...yucckkss~ |
Comments
n 1 lg..kalu dah rasa kotor,so,do something agar tempat dia duduk tue bersih n dont haave yucckkkss anymore,right?? but for me,i think sabah is one of the best place that i want to go..tengokla pantai2nya..fuhh..lg bersih dr pantai tutttt(i dont want to mention it) :)
akhir kata,sebelum buat sesuatu,marilah kita berfikir guna otak,melihat guna mata, mendengar guna telinga..
Anti org bodoh mcm ni!