Kerana Aku seorang Muslimah
Kerana aku seorang muslimah,
Cuba mujahadah dalam melalui jalanya
Perbaiki diri dan muhasabah diri
Istigfar ubat dan taubat nasuha pil bahagia
keranaku tahu syurganya bukan murah
walau dikumpul emas intan permata takkan dapat sentanding harganya
Kerana aku seorang muslimah,
aku berdoa terlindung dari segala kejahatan dunia
Sifat keji dengki dusta riak dan sekutu dengannya
kerana semua perosak amalam raih pahala
jiwa kacau semakin binasa
Kerana aku seorang muslimah,
Pengorbanan Rasulullah cuba ku kenang sentiasa
ajarannya biarlah kekal hingga mati itu tiba
dengan limpahan nikmat husnuh khotimah
tidak tamat sebelum kata
Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah
Kerana aku seorang muslimah,
pakaianku ku jaga mengikut syariah,
Bukan sebagai penghilang wujudnya aku di dunia,
tetapi simbolku sebagai muslimah
demi agama demi menjaga
Kerana aku seorang muslimah,
ilmu ku tuntut walau tidak sepandai saidatina Aisyah
namun ingin berjaya di dunia dan di sana
dengan tambahan majlis ilmu yang ada
kuatkan semangat dan bantu agama-Nya
tingkatkan ibadah berjuang dalam jemaah
Kerana aku seorang muslimah
Seorang anak yang banyak cacat cela
kadang degil dan buta mata
cuba berubah menjadi anak solehah
kerana ku tahu syurga di tepalak kaki sang ibu ayah
sayangku pada ibu,ayah dan keluarga perlu utama
moga terjalin keluarga bahagia
Kerana aku seorang muslimah,
punya ramai kawan yang pelbagai rupa
namun bukan semua bisa dijadi pendamping setia,
kala hujan payungnya ada,
kala pelangi tiba diajak duduk lihat indahnya
menjadi jam loceng tika diri alpa
nasihat dan teguran tak pernah lekang dari mulutnya
akhlak muslimah pada sahabat akrabnya
Kerana aku seorang muslimah
bukan mudah menabur cinta pada jejaka
kerana ku tahu semua basi belaka
kerana ku malu cintaku Pada yang Esa bukan sehebat mana
dengan iman yang senipis kulit bawang
batas ku jaga diriku pelihara
pekakkan tomahan harimau sombong dan sebagainya
Jodoh itu atas ketentuannya,
Entah di dunia atau di akhirat sana
Kerana aku seorang muslimah,
ku renungi dosa-dosa sebelumnya,
ikhlaskan niat khusyuk ibadah itu aula,
idola utama peribadi Rasululallah
Pakaian betul dalam agama
Ilmu di dada jangan dilupa
Ibu dan ayah itu sayang selamanya
sahabat akrab biarlah yang baik belaka,
bekerja hebat walau dengan lain jantina
tapi batasan dijaga bukan fitnah
Hidup di dunia umpama belayar ke destinasi yang entah bila tiba
perlu sediakan kapal sebesar tatanic atau sampan kecil sahaja?
atau ingin bot yang punya enjin high class punya?
Tadahlah tangan dan sentiasa berdoa,
moga bekalan kita cukup menuju keredhoannya,
Aku bukan wanita biasa!!
Kerana AKU seorang MUSLIMAH...
Nukilan:Saudari Ai Syarifah
ikhlaskan niat khusyuk ibadah itu aula,
idola utama peribadi Rasululallah
Pakaian betul dalam agama
Ilmu di dada jangan dilupa
Ibu dan ayah itu sayang selamanya
sahabat akrab biarlah yang baik belaka,
bekerja hebat walau dengan lain jantina
tapi batasan dijaga bukan fitnah
Hidup di dunia umpama belayar ke destinasi yang entah bila tiba
perlu sediakan kapal sebesar tatanic atau sampan kecil sahaja?
atau ingin bot yang punya enjin high class punya?
Tadahlah tangan dan sentiasa berdoa,
moga bekalan kita cukup menuju keredhoannya,
Aku bukan wanita biasa!!
Kerana AKU seorang MUSLIMAH...
Nukilan:Saudari Ai Syarifah
Comments