قلوب النجوم
Ada akalanya tika ku duka aku lupa pada yang maha kuasa.Terlalu mengeluh di atas segala yang berlaku.Sememangnya sukar buat insan yang tidakla terlalu tabah ini.Insan lemah dan sering alpa dalam melakasanakan kewajipannya.Padahal seharusnya bimbinglah dirimu dari kekalahanmu sendiri.Pimpin tanganmu berdiri sendiri kuatkan jiwamu tika ada yang menyakiti.SABAR dan REDHO atas segala dugaan menimpamu.Sedarlah hidupmu adalah untuk hidup yang abadi.Tika terputus hubunganmu dengan dunia ini,maka berhentilah segala amalan amalan yang ingin kau lakukan menuju ke alam yang penuh abadi.Kadang kala terlupa adanya DIA yang sentiasa memerhatikan dirimu tika melakukan apapun samada baik atau buruk.Namun memang tidak dapat disangkal walaubagaimana sekalipun seorang hamba menjauhiNya,pasti akan tersedar dari kelalaiannya sendiri.Siapalah kita sebagai hamba?memerlukan rahmat dan pertolongannya di dalam hidup penuh cubaan ini.
Ku perhatikan warna warni lukisan alam di bumi kelahiranku ini di suatu petang di tengah-tengah bandar.Sememangnya sukar bagiku mempercayai kemodenan hari ini.Penuh kesenangan dan kemewahan bertambah lagi dengan kereta-kereta yang sibuk di waktu petang yang penuh rahmat itu.Manusia berpusu-pusu dengan urusan masing-masing terutamanya remaja yang dengan gaya moden zaman kini.Aku sendiri masih tidak memahami apakah erti kemodenan hari ini.Pada penglihatanku dan pengalaman ku sendiri adakah kemodenan bermaksud membina masjid sebesar yang mungkin dan hanya dipenuhi pada waktu hari raya sahaja?berapakah soff jemaah ketika menunaikan solat fardu?semakin banyak?susah untuk ku ungkapkan.Namun aku bukanlah membicarakan khas dalam konteks ini.Aku cuma ingin membuka mataku dan mata saudara-saudaraku bahawa manusia itu seringkali lalai dalam menunaikan kewajipan apatah lagi urusan yang lain?.Jika kita teruskan dengan kelalaian ini maka hilanglah pemimpin dunia islam.Maka jatuhlah agama yang sempurna ini.Nauzubillah..
Bersama membina Generasi ulul albab
Comments