Talian 24 jam

Pernahkah anda membayangkan apabila berdoa, lalu muncul pertanyaan seperti ini: "Terima kasih. Anda telah menghubungi Baitullah. Sila tekan 1 untuk MEMINTA. Tekan 2 untuk BERSYUKUR. Tekan 3 untuk MENGELUH. Tekan 4 untuk PERMINTAAN LAIN-LAINNYA."

Mungkin juga anda akan mendengar ayat-ayat seperti ini. "Maaf, ketika ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Diharap anda sabar menunggu. Panggilan anda akan dilayan sebentar lagi!"

Cuba anda bayangkan semasa berduka dan ingin mengadu kepada-Nya, anda mendapat respons sebegini.

"Jika mahu berbicara, tekan 1 untuk bercakap dengan Malaikat Mikail. Tekan 2 untuk bercakap dengan malaikat yang lainnya. Tekan 3 jika mahu membuat aduan atau Tekan 4 jika mahu membuat pertanyaan mengenai syurga dan neraka!"

Atau mungkin juga anda akan mendengar bunyi begini: "Sistem kami menunjukkan anda telah memanggil lebih dari sekali pada hari ini, sila cuba lagi di kemudian hari!"

Boleh jadi anda terdengar jawapan sebegini: "Pejabat kami ditutup pada hujung minggu, sila hubungi semula pada hari berikutnya!"


Jawapan-jawapan sebegini tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Namun adakah ia satu jawapan yang akan anda terima sewaktu mendail nombor-nombor ALLAH?

Sudah tentu TIDAK! Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tidak kira waktu dan tempat, kita boleh melakukan aduan kepada-Nya tanpa sebarang HAD.

Apabila kita mendail talian ALLAH, tiada istilah 'talian sibuk'. ALLAH menerima setiap panggilan dari hamba-hamba-NYA tanpa mengira waktu dan ALLAH amat mengetahui siapakah para pemanggil-NYA itu

Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk anda mendail-NYA. Mengapa 24434?
..................................

2 Rakaat - SUBUH

4 Rakaat - ZUHUR

4 Rakaat - ASAR

3 Rakaat - MAGHRIB

4 Rakaat - ISYAK


Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-NYA, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat tahajud, duha dan taubat.

Kita juga boleh mendail talian 30 yakni al-Qur'an yang memiliki 30 juzuk atau mendail 99 Asmaul Husna, yakni nama ALLAH. Untuk lebih cantik, kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Yang pasti, talian ALLAH ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantaraan, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil.

Jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24 jam sehari dan 7 hari seminggu shingga hayat kita akhirnya kembali kepada-NYA.


Sebenarnya, inilah talian SEBENAR yang WAJIB anda dail setiap hari. Sayangnya, ramai yang mengabaikan talian ALLAH ini kerana manusia lebih tergoda dengan talian duniawi yang meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan. Wallahuallam...

============================================================

Semoga artikel ringkas dari nota saya ini dapat melembutkan sedikit hati anda yang kini sedang gelisah. Ingat, ALLAH Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Tadahlah doa, mintalah ampun dan taubat kepada-NYA. Amin.. :)

nukilan:ika smile

Comments

Popular Posts