Jadi kaya
Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya; Rasulullah saw telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" - Attarmidzi
Saya bukan materialistik, saya bukan mata duitan, tapi saya suka jadi kaya, saya suka ada wang, saya tidak suka miskin. Agama saya suruh saya jadi kaya, agama saya tak pernah suruh saya jadi miskin dan tidak berusaha.
Sejak akhir-akhir ini keinginan untuk menjadi kaya bertambah-tambah kuat. Saya semakin semangat untuk belajar sebab saya nak jadi kaya. Saya nak ada wang. Saya nak buat itu, saya nak buat ini.
Tapi tahu tak apa yang membuatkan saya bersemangat? Cuma satu ayat sahaja, "Islam suruh kita jadi kaya" kata ustazah subjek Islamic Studies yang wajib diambil untuk ke oversea.
Saya tersentak waktu itu. Saya rasa, " Aah kan, Islam tak suruh kita jadi miskin,"..
TETAPI..
Islam suruh kita jadi kaya bukan sebab nak bermegah, bukan sebab nak kahwin dekat Hotel Palace of Golden Horses, bukan sebab nak ada rumah 30 bilik, kereta 13 buah, tapi sebab nak suruh kita mampu bayar zakat, sebab nak suruh kita menolong orang lain, supaya kita tidak meminta-minta,supaya kita tidak berhutang keliling pingggang, mengharap belas ihsan dari orang.
Islam suruh kita usaha. Ini yang Islam terapkan dalam diri kita. Berusaha untuk mencapai keinginan dan impian kita.
Harta tak kan jatuh berdebuk dari langit, dan makanan tak kan datang sekadar dengan membuka mulut kita. Dalam dunia sekarang ini, semua perlukan wang. Bak kata orang, "Nak masuk toilet pun kene bayar!"
Dulu saya tak ada impian, saya cuma ada angan-angan. Saya bukan seorang yang determination, saya akan membuat keputusan dan pilihan pada waktu yang diperlukan.
Saya biarkan impian saya itu umum supaya saya tidak tertekan dengan impian saya.
Tetapi sekarang saya mula memasang impian supaya saya ada hala tuju hidup, supaya saya jadi kaya bersebab. Saya mahu jadi orang yang menerima untuk memberi. Saya mahu menolong orang, membuat kebajikan.
Adakah saya ingin berbangga diri dan dipuji dengan menyatakan ia disini?? Tidak sama sekali. Saya tahu pembaca blog saya kebanyakan adalah rakan-rakan saya dan orang yang hampir sebaya dengan saya.
Pasti dari kalangan mereka ini adalah bakal-bakal doktor, jurutera, arkitek, pengkaji, aktuari, akauntan, dan bermacam-macam lagi pekerjaan yang pendek katanya akan memberikan hasil yang lumayan, yang akan melayakkan mereka memberi zakat.
Oleh itu, di sini saya menyeru agar bakal-bakal pemberi zakat ini supaya menunaikan tanggungjawab mereka apabila sudah mampu nanti, dan memberikan sesuatu lebih dari zakat, iaitu sedekah.
artikel iluvislam....
Comments