Ditinggal Anak..





Kisah seorang tua yang ditinggalkan oleh anaknya di sebuah hotel murah di Kuala Lumpur baru-baru ini.Saya sebagai seorang yg turut bergelar anak merasa sangat sebak dengan pengakuan orang tua ini yang telah ditinggalkan oleh anaknya selama seminggu di sebuah hotel yang dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki cina.

Dengan keadaan nya yang uzur sehinggakan perlu dibantu untuk menukar lampin tuanya,cara percakapannya yang tidak lurus,dengan matanya yang sayu penuh dengan linangan air mata mengenangkan dimanalah intan permata kurniaan allah s.w.t yang telah dilahirkannya itu.Saya sendiri tidak dapat berkata apa-apa kerana sebagai seorang muslim kita jangan mudah membuat andaian buruk.Kemungkinan anaknya ditimpa musibah ataupun mungkin memang sengaja ingin meninggalkan orang tuanya ini.WA ALLAHU A'LAM..

Namun jika memang sengaja niatnya untuk meninggalkan seorang yang bergelar ibu,maka wahai anak tunggulah azab allah yang akan dibayar "cash on the spot" .

Dimanakah keperimanusiaanmu wahai anak?.Ya allah berilah petunjuk bagi mereka yang melakukan hal-hal seperti ini.Wajarkah seorang ibu atau bapa yang penuh dengat kedut di wajahnya ditinggalkan di rumah kebajikan dan di jalanan?.Wahai anak bagaimana kau membesar kalau bukan titisan keringat ayahmu!.Keringatnya di bahagian belakang baju membanting tulang bekerja demi anak-anaknya.Bukan anak!tapi ANAK-ANAK!.

Wahai anak,ingat ibumu jika bukan kerana dia tidaklah engkau hidup di dunia ini.Saat engkau sakit siapa yang menjagamu sepanjang malam?Mendodoikanmu tika malam kau merengek menganggu tidurnya walhal seharian dia turut bekerja.Ibumu seorang dan ayahmu seorang tapi anak-anaknya yang banyak tidak ada seorang pun yang sanggup menjaganya.Meraka boleh menjaga lebih dari dua orang tetapi si anak-anak?Sibuk?tidak ada masa menjaga mereka?Alasan HANTU!!!!

Mereka mampu menjaga semua anak-anaknya tetapi mengapa tidak si anak?.Ditinggalnya di rumah kebajikan dan jika ada yang MURNI SEDIKIT maka akan dilawatnya pada hujung minggu.Saya tetap tidak setuju!.Seorang senior saya pernah menceritakan bahawa dia pernah melawat rumah orang tua suatu ketika pada hari sebelum hari raya.Penuh sebak tidak terkata saya rasakan apabila dia memberitahu bahawa semua ibubapa tersebut  berbaris menunggu di luar pagar menunggu ketibaan anak mereka mengambil mereka pulang berhari raya.Walhal penantiannya sia-sia belaka.

Ya ALLAH....Doaku padamu ya allah berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat yang paling terbaik untuk kedua ibubapaku ini.Pelindungku,malaikatku,sayangku.Sebagai anak memang saya banyak kekurangan dan kesalah kepada kedua ibubapa.Namun satu hal yang saya janji,saya tidak akan mensia-siakan mereka sehingga nafas terakhir.AMIN..

Comments

Popular Posts