Mak cik curi ubi..Hakim sangat bebudi..
Sangat mengharukan,seorang hakim bernama Marzuki Indonesia merasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku telah mencuri ubi kayu.
Diruang mahkamah pengadilan,seorang haim duduk termenung menyemak pertuduhan terhadap seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin,anak lelakinya sakit,dan cucunya kelaparan.Namun pengurus ladang tuan punya ubi tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata,"maafkan saya,bu",katanya sambil memandang nenek itu.
"saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang,undang-undang tetap undang-undang,jadi anda harus dihukum,.Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara selama 2.5 tahun,seperti tuntutan undang-undang".
Nenek itu tertunduk lesu.Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya,membuka dompetnya kemudia mengambil dan memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
"Saya atas nama pengadilan ,juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini,sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17),kerana menetap di bandar ini,dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya".
"Saudara pendaftar,tolong kumpulkan denda dalam topi ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh."
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp3.5 dan sebahagiannya telah dibayar mahkamah untuk membayar dendanya,setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan menbawa baki wang termasuk wang Rp50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh menarik dan sebagai seorang manusia kita perlulah mencontohi hakim Marzuki itu.Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa keadilan adalah penting.Namun sebagai manusia kita perlulah membuat keputusan yang bijak daripada hanya mementingkan keadilan semata-mata.Moga nur Kasih kemanusiaan menyemai dan membaja jiwa-jiwa insan yang bergelar muslim.AMIN YA RABB..
Comments
Berita begini mengingat semua bahawa keadilan sangat agong!
Hanya perikemanusiaan mendorong Hakim dan semua hadir menggerakkan hatibudi mereka!