Adikku yang pergi..
Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
LAHAD DATU 1 Mei - Tiga sekeluarga mati lemas, manakala lima lagi terselamat apabila bot yang mereka naiki untuk berkelah sempena cuti umum Hari Pekerja karam di Pantai Kahapan, Tungku dekat sini hari ini.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu ialah Noristikoma Sadik, 18, dan Norhayati Hassan, 50, manakala seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Ani Udin, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Daerah Lahad Datu.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat berkata, mereka seramai lapan orang telah ke pantai itu untuk berkelah sebelum memutuskan menaiki bot bagi bersiar-siar di sekitar pantai itu.
“Bot itu tiba-tiba karam, lima daripada mereka berjaya berenang menyelamatkan diri," katanya. - UTUSAN
Sebagai seorang insan aku sayang padamu..
Buat adikku NurIstiqomah Binti Sadik....
Pergimu dan perpindahanmu dari dunia ini merupakan suatu kejutan untuk semua insan yang mengenalimu.Dirimu yang ceria sentiasa dengan telatah dan usikanmu yang sentiasa menggembirakan setiap orang.Tegas dan bertanggungjawab tetapi sangat lembut dan mudah diajar serta dilentur.Adikku sayang,maaf ku pinta tidak dapat menjengukmu buat kali terakhir.Sungguh sedih tidak terkira aku rasakan engkau pergi secara tiba-tiba sewaktu baru pulang bercuti di rumah.Adikku..doaku moga allah pertemukan kita lagi di alam yang satu lagi.Mungkin setakat ini saja jodoh perkenalan kita namun ku yakin matimu dalam keadaan husnul khotimah dan aku sebagai Hamba-Nya sedar bahawa hidup di dunia haruslah sentiasa beringat pada mati.Jangan hanya tahu bergelak-ketawa dan bersuka ria tanpa beringat pada yang maha Esa.
Adikku...
Masih terngiang-ngiang di telingaku saat kita masih di sekolah menengah dahulu.Kita berdua ada panggilan tersendiri buat aku dan buatmu.Mungkin pelik,namun setiap kali gelaran itu kita lafazkan tentu sahaja seiring dengan gelak tawa.Denagn suaramu yang nyaring sering menjadi teguran semua.Adikku,....sungguh aku rindu saat itu.Pernah juga aku termimpi bahawa kau suatu hari nanti akan tamat pengajian sekolah menengah dan kita akan bertemu lagi di USIM..mungkin...Namun,rupanya segalanya cuma impian dan angan-angan semata.Allah telah menentukan ajalmu yang dulu sebelum aku.Jika engkau inginkan nasihat kita sama-sama bercerita dan berkongsi pendapat.Ya allah ku dambakan kasih sayangmu buat insan ini...Nuristiqomah binti Sadik..berikanlah dia tilam yang empuk bilik yang luas lagi mendabaikan untuk dia beradu menanti hari-hari seterusnya...
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti menemui mati..Tidak kira tua ataupun muda,kaya atau miskin,kuat atau lemah kesudahannya tetap sama.Hanya Allah yang kekal selamanya.Maka sebagai hambanya tingkatkan amal dan cegahlah kemungkaran.Tambahkan saham amalan selagi dengan izinnya nafas ini masih ada.Moga cahaya ISTIQOMAH sentiasa bersama kita sebgai hambanya...amin.,..
"Rupanya di atas rahsiaNya,engkau pergi dulu..Lambaian Al-fatihah dan doa buat adikku NurIstiqomah binti Sadik yang sentiasa ceria...Dengan izinNya moga bertemu lagi.."

Comments