Bukan MuslimaT SEMBARANGAN

Siapa yang tidak pernah kena dengan ayat ini, "amboi...sombongnya..." "janganlah garang..."

pergh~ alasan supaya dirimu di layan bukan? Kadang, mereka memang SENGAJA untuk sombong, SENGAJA untuk garang. Bukan kerna itu sifat aslinya, tapi itu bentengnya dalam memelihara "Sirri'" nya.

Apa itu Sirri?'

Sirri' adalah perkataan dari bahasa BUGIS. Sirri' dari segi bahasa ertinya malu. Namun sirri' sebenarnya lebih dari sekadar malu. Kalau orang berkata - Dek na masirri' - boleh saja membawa erti 'dia tak malu'. Tapi kalau - Dek gaga sirri' na - itu boleh membawa erti lain yang amat mendalam.

Sirri' adalah maruah atau harga diri seseorang (juga dalam makna yang lebih luas, maruah bangsa dan agama) yang wajib dipertahankan. Orang sanggup buat apa saja bila Sirri' nya tercabar apa lagi tercalar. Kerana sirri', moyang kita sanggup menyeberang lautan luas yang ganas. Kerana sirri', moyang kita sanggup berjuang pertahankan tanah air dari musuh yang menceroboh. Kerana sirri, moyang kita sanggup buat apa saja.

Sirri' menjadikan seseorang itu berani untuk berkata dan bertindak. Perkataan dan tindakannya pula dikawal oleh akal yang waras kerana perkataan atau tindakan yang ikut nafsu akan menyebabkan kehinaan dan itu bercanggah dengan sirri'. Orang yang punya siri' tidak buat perkara-perkara hina, jijik dan memalukan. Sirri' mencegahnya dari mencuri, menipu, berbohong, malah siri' menghalangnya dari bersyubahat atau bersekongkol dengan sebarang bentuk kejahatan dan sifat terkeji.

Ringkasnya - Sirri' adalah kekuatan dalaman atau jatidiri (dalam Islam ia dipanggil aqidah) yang menjadikan bangsa Bugis pernah dihormati dan digeruni satu ketika dahulu.

Moga semua menjadi Muslimat yang BUKAN SEMBARANGAN dalam bersosial dan bergerak kerja.


Catatan: edit dari cetusan Dr. Badrulamin Bahron
Illustrasi gambar: MARSIS Creative
Join:Marsis

Comments

Popular Posts