Pembongkaran hadis-hadis dha'if dan palsu kelebihan bulan Rejab,Fadhilah Maulana Asri b Yusoff hafizahullah.
part 2
part 3
Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rh dalam Kitabnya ‘Tabyiin Al-’Ajab Bima Warada Fi Fadli Rajab” – (Menyatakan Keajaiban terhadap riwayat yang menyebut tentang Kelebihan Bulan Rejab): “Tidak ada hadis Sahih yang boleh dibuat hujjah menyebut tentang kelebihan Bulan Rejab, Puasa padanya juga berpuasa pada masa yang tertentu dalam Bulan Rejab”
Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa 25/290: “Berkenaan dengan amalan puasa Rejab secara khusus, hadis-hadis tentangnya semuanya dhaif, malahan palsu. Ulama tidak berpegang kepadanya langsung. Ia (hadis-hadis itu) juga bukan dari kategori hadis-hadis dhaif yang boleh diriwayatkan dalam fadhail a’maal. Malahan secara umumnya, ia adalah dari kategori hadis-hadis maudhu’ dan palsu”.
Apa yang tertulis jelas dan tidak menimbulkan perselisihan fahampun. Boleh berpuasa pada bulan Rejab tetapi jangan disabitkan dengan fadhail-fadhail yang sudahpun dibuktikan dhaif jiddan dan maudhu'. Lakukanlah puasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa Nabi Daud, puasa sunat tiga hari pada mana-mana bulan tetapi jangan sabitkan itu adalah puasa Rejab kerana tidak ada puasa khusus untuk bulan Rejab,
credit to http://www.facebook.com/abuansarullah
http://www.abuanasmadani.com/?p=1017
Comments